R-iF - Percayalah




Berita & Aktiviti

Fasa 1

Idea awal projek album "R-iF - Percayalah" mula tercetus. Ianya berlanjutan daripada beberapa perancangan penghasilan album yang tergendala sebelum ini.

Perbincangan dari hati ke hati di antara R-iF dan Abg-Long terhadap pelbagai perkara telah pun dibuat dan hasilnya bermulalah pencarian material dibuat secara bersama-sama.

Fasa 2

Proses mengumpulkan bahan material untuk dimuatkan ke dalam album "R-iF - Percayalah" mula dilakukan.

Pencarian beberapa orang komposer muda yang berbakat untuk sumbangan lagu-lagu mereka bagi dimuatkan ke dalam album ini.

Alhamdulillah, berkat segala usaha yang dijalankan dengan penuh keikhlasan dan kesabaran, R-iF bakal bekerjasama dengan Amar yang bertindak selaku penerbit bersama untuk album R-iF - Percayalah. Amar juga mencipta dua buah lagu untuk dimuatkan ke dalam album ini. Seterusnya Suhaimi (X-InTeam), Hafiz Hamidun, Fadzli FarEast dan Halim Devotees juga turut menyumbangkan lagu masing-masing.

Fasa 3

Pendaftaran perniagaan atas nama R IF Edutainment Resources bagi menguruskan segala perancangan dan aktiviti R-iF.

Proses rakaman akan bermula pada Disember 2009 dan dijangka selesai pada penghujung Januari 2010. Proses mixing akan disiapkan dalam tersebut juga. Manakala proses mastering akan disiapkan pada awal Februari 2010. Seterusnya proses printing akan dilaksanakan pada bulan tersebut juga.

R-iF mempunyai perancangan untuk mengenengahkan "single" yang dijangka hit bermula Januari 2010. Ianya akan diberikan kepada stesen-stesen radio yang terpilih. Salah satu usaha untuk mempromosikan R-iF kepada penggemar nasyid di luar sana.

Fasa 4

Serang Balas
Ciptaan Halim Devotees
Bagi mempromosikan lagi R-iF kepada pendengar lagu-lagu nasyid, R-iF bakal menyertai projek album underground "Nasyid Indie Vol II" di bawah kelolaan Halim (Devotees).

Lirik Lagu

R-iF - Percayalah

Pic 1
  • 01. Ku Sesali Segalanya
    Lagu & Lirik oleh Abg-Long
  • 02. Mama
    Lagu & Lirik oleh Ustaz Khairul Napisham
  • 03. Praise Allah
    Lagu & Lirik oleh Ustaz Khairul Napisham
  • 04. Muslimah Sejati
    Lagu & Lirik oleh Ustaz Khairul Napisham
  • 05. Indahnya Dunia
    Lagu & Lirik oleh Abg-Long
  • 06. Bicara Cinta
    Lagu & Lirik oleh Halim Devotees
  • 07. Percayalah
    Lagu & Lirik oleh Amar
  • 08. Persona Dunia
    Lagu : Suhaimi (X-InTeam) ; Lirik : Abg-Long
  • 09. Sepi Cinta
    Lagu : Hafiz Hamidun ; Lirik : Hafiz Hamidun
  • 10. Satu Ummah
    Lagu : Fadzli FarEast ; Lirik : Ustaz Adib

Single Pertama : SEPI CINTA



1st
Masih ku di sini
Setia menanti
Mengota janji

2nd
Kau masih di sana
Kasih dengan rela
cinta mu yang terasa

C/O
Jauhnya cinta mu
Dari genggamanku
Tidak bisa ku sentuh

Terusku berdoa
Pinta dan mendamba
Bertautlah cinta

Verse:
Kau masih di sana
Kasih dengan rela
cinta mu yang terasa

C/O 2
Bawalahku pergi
Dari sedih ini
Dari kegelisahan

Kau yang upaya
Menyembuhkan luka
Penawar sepi cinta

Bridge:
Tiada bererti
Hari demi hari
Menanti dan menanti

Verse:
Engkau telah jauh
Aku masih cuba
Mengejar cinta mu

C/O, C/O2

Verse:
Engkau telah jauh
Aku masih cuba
Mengejar cinta mu

Perkembangan Terkini


Susunan Muzik

Proses susunan muzik untuk 10 buah lagu yang bakal dimuatkan ke dalam album, termasuk memasukkan live instrument bagi menghasilkan lagu-lagu yang berkualiti.

Latihan Vokal

Latihan vokal bagi memastikan R-iF benar-benar bersedia dari segi stamina dan vokal untuk sesi rakaman nanti, selain ianya bagi memantapkan persembahan live R-iF.

Rakaman

Jadual perancangan rakaman album R-iF :-

Alhamdulillah, 7 buah lagu telah selesai dirakamkan. Di mana 6 buah lagu dirakamkan di studio InTeam dan sebuah lagu lagi di studio Along Exist. Dua buah lagu yang bakal diketengahkan sebagai single berikutnya iaitu Percayalah dan Ku Sesali Segalanya telah dimasukkan live instrument. Antara pemuzik yang telah diundang ialah Shah Slam - Gitar, Mohar - Flute, Kelly - Basis, Ujang Exist - Drum dan Hamzah - Percussion. InsyaAllah, tiga buah lagu lagi akan dirakamkan pada bulan Mac ini. Dan salah sebuah lagu iaitu Muslimah Sejati akan menggabungkan beberapa orang tetamu khas yang mana merupakan teman seperjuangan R-iF sebelum ini. Siapa mereka? Dapatkan album R-iF apabila berada di pasaran kelak.

Single pertama R-iF yang berjudul Sepi Cinta telah mendapat kelulusan dari Wisma Khanah dan JAKIM. CD Sepi Cinta telah dihantar kepada IKIM.FM dan stesen2 radio di bawah RTM. Untuk mendengarnya, sila buat permintaan lagu pada mana-mana stesen radio kegemaran anda. Ketika ini Sepi Cinta sudah pun dimainkan di Nasyid.FM, streaming radio nasyid online. Sila layari NasyidFM.My atau Nasyid.FM :)


R-iF : Sepi Cinta

Terima kasih diucapkan kepada semua yang sudi menyokong dan memberi semangat kepada R-iF dalam merealisasikan impian murni
ini untuk menghasilka album pertama R-iF yang berjudul Percayalah.
Doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar dan jaya hendaknya. Semoga perjuangan memartabatkan semula idustri nasyid
direstui-Nya. Amin